WASHINGTON 21 Jan.- Senator, Kamala Harris mengumumkan bertanding bagi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS).
Beliau mengikut jejak langkah beberapa pemimpin demokrat lain yang mempertimbangkan tawaran untuk mencabar Presiden, Donald Trump.
“Masa depan negara bergantung kepada anda dan berjuta lagi rakyat negara ini yang memperjuangkan nilai-nilai kenegaraan.
“Disebabkan itu saya memutuskan untuk bertanding bagi jawatan Presiden,” katanya menerusi rakaman yang dikongsi di laman Twitter.- AFP










