PASIR PUTEH 6 Jan. – Kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh melancarkan derma kilat untuk membantu meringankan bebanan keluarga pelajar kurang upaya, Raja Amirul Mukmin Raja Safari yang akan ke Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang, Selasa ini. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah itu, Harun Yusof berkata, kehebatan remaja yang tiada tiga jari pada tangan kiri sejak dilahirkan perlu dijadikan contoh oleh murid lain untuk cemerlang dalam akademik.…