Kaji punca peningkatan kos sara hidup lebih terperinci - Utusan Malaysia

Kaji punca peningkatan kos sara hidup lebih terperinci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Jan. – Kabinet telah menugaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara untuk menggerakkan satu kajian komprehensif bagi memperincikan maklumat tentang punca peningkatan kos sara hidup di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian itu dijangka siap dalam tempoh enam minggu sehingga dua bulan lagi.

“Kabinet memperakui terdapat sekurang-kurangnya enam komponen menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup terutama segmen makanan. Rakyat dilihat terkesan dengan segmen ini. Selain itu adalah segmen perumahan, bil utiliti, pengangkutan, kesihatan dan pendidikan.

“Oleh itu Kabinet telah meminta kementerian memulakan satu kajian menyeluruh bagi memperincikan lagi serta mengenal pasti punca-punca yang menyumbang peningkatan kos sara hidup secara lebih komprehensif,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina 2019, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN