PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) memutuskan untuk tidak menaikkan kadar sewa kuarters Blok F dan G, Pangsapuri Putra Damai di Presint 11 milik perbadanan itu kerana disifatkan tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan semasa. Presidennya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Wilayah Persekutuan. “Selepas berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, maka PPj membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar sewa kuarters Blok F dan…










