GUA MUSANG – Seorang juruwang wanita sebuah stesen minyak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah apabila mencuri wang RM905 daripada mesin daftar tunai pada Disember lalu. Tertuduh, Mastura Ab. Llah, 26, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud. Menurut pertuduhan, Mastura didakwa melakukan jenayah pecah amanah itu sebanyak tiga kali dengan mengambil wang berjumlah RM905 tanpa pengetahuan pihak stesen minyak berkenaan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hentian Gua Musang, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis antara bulan Disember 2018 hingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya