KLANG – Seorang jurutera sebuah syarikat minyak maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tayar sebuah lori yang tercabut sebelum tercampak mengenai besi penghadang jalan di Kilometer 21.8 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Nazarudin Yahya, 27 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan ke Mahkamah Shah Alam atas urusan tertentu dari Klang. Katanya, mangsa bekerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya