ARIZONA 24 Jan. – Seorang jururawat lelaki di sebuah pusat penjagaan kesihatan di Phoenix, Arizona dituduh atas kesalahan merogol seorang pesakit yang cacat berusia lingkungan 20-an sehingga melahirkan seorang anak pada Disember tahun lalu.
Tertuduh, Nathan Sutherland, 36, yang merupakan jururawat praktikal berlesen di pusat penjagaan kesihatan Hacienda sejak 2011 itu dituduh dengan penyalahgunaan dewasa seksual dan penderaan seksual.
Sutherland juga diperintah untuk menggantikan bon tunai sebanyak 500,000 Dolar Amerika Syarikat (RM 2,067,250).
Menurut polis tempatan, pekerja Hacienda tidak mengetahui bahawa wanita itu mengandung sambil menambah bahawa mereka pertama kali dimaklumkan mengenai kes berkenaan ketika bayi itu dilahirkan.
Polis mula menahan Sutherland pada hari Selasa lalu apabila penyiasat memaklumkan keputusan Asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh sesuai dengan bayi yang dilahirkan.
Ibu bapa mangsa dalam satu kenyataan berkata, anak mereka boleh bertindak balas terhadap bunyi, membuat isyarat wajah dan mempunyai kemampuan untuk mengalihkan anggota, kepala dan lehernya.
Mangsa telah menerima rawatan di pusat penjagaan kesihatan tersebut sejak 1992. – REUTERS










