June Wei teruja jumpa Lin Dan - Utusan Malaysia

June Wei teruja jumpa Lin Dan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Cheam June Wei bukan sahaja melakar kejutan melangkah ke suku akhir badminton Thailand Masters, malah bakal menerima pengalaman terbaik apabila berdepan juara dunia lima kali, Lin Dan esok.

Pemain berusia 22 tahun dari Pulau Pinang itu meneruskan kemaraan dalam kejohanan bernilai AS$150,000 (RM614,692) selepas menundukkan pemain tuan rumah, Pannawit Thongnuam 14-21, 21-17, 21-16.

Bintang China yang juga juara Olimpik dua, Lin Dan pula bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum me­nundukkan Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong 21-19, 15-21, 22-20.

June Wei mengakui, lawannya hari ini sangat kuat khususnya ketika melakukan serangan tetapi dia lebih ba­nyak bersabar selain menggunakan corak permainan terbaik untuk mengatasi Pannawit.

“Esok saya akan bertemu Lin Dan untuk kali pertama dan apa yang pasti perlawanan sudah pasti sukar.

“Saya akui sangat gembira kerana dapat bertemu Lin Dan dan sudah pasti saya akan cuba berikan dia tekanan sepanjang perlawanan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Turut ke saingan lapan terbaik ialah beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu me­nundukkan pasangan Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova 21-18, 21-10 dalam masa 32 minit.

Kemenangan ­membolehkan mereka bertemu pasangan Indonesia, ­Alfian Eko Prasetya-Marsheilla Gischa Islami yang menyekat kemaraan satu lagi beregu negara, Chen Tang Jie-Peck Yin Wei 23-21, 20-22, 21-12.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN