Judi atas talian dilakukan secara sembunyi - Utusan Malaysia

Judi atas talian dilakukan secara sembunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Jan. – Masalah perjudian dalam talian adalah jenayah yang paling sukar dan mencabar dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor ketika ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, ini kerana kegiatan tersebut dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan bukan terang-terangan seperti jenayah lain.

“Contohnya mereka melakukan judi dalam talian (dengan berselindung di sebalik) kedai-kedai menjual telefon bimbit atau di kedai-kedai teh tarik.

“Ini membuatkan kita sukar mengesan mereka. Jadi kita perlukan maklumat orang awam untuk menanganinya dan pemberi maklumat tidak perlu risau kerana akan dilindungi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Apresiasi Keselamatan Untuk Kesejahteraan Awam di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din dan Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) negeri, Mohd. Shaman Jaes. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN