PASIR PUTEH 7 Jan. – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bersama beberapa agensi menziarahi keluarga Raja Amirul Mukmin Raja Safari, 13, bersama bantuan untuk meringankan bebanan hidup mereka. Pengarahnya, Muhammad Zahari Othman berkata, pihaknya menghulurkan bantuan wang tunai, keperluan peralatan kepada Raja Amirul Mukmin dan adiknya, Raja Aiman Hakim, 7, selain keperluan barangan makanan untuk keluarga berkenaan. Beliau berkata, sumbangan yang dihulurkan itu melibatkan Tabung Kebajikan Murid; Tabung Hari Guru Kelantan;…










