JPN akan keluarkan sijil kelahiran tiga beradik - Utusan Malaysia

JPN akan keluarkan sijil kelahiran tiga beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran yang sah kepada tiga beradik di Lundang, di sini selepas perkahwinan ibu bapa mereka didaftarkan secara sah mengikut undang-undang negeri ini.

Pengarah JPN Kelantan, Asrehan Ab. Razak berkata, bagimanapun pihaknya telah mengeluarkan sijil kelahiran bukan warga negara kepada tiga beradik berkenaan.

“Apabila semuanya selesai, barulah ketiga-tiga ini dapat didaftarkan secara sah sebagaimana taraf warganegara mengikut bapa mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kelahiran bukan warga negara kepada tiga beradik berkenaan iaitu Nurul Syafiqah, 10; Nurul Natasha, 9, dan Mohd. Fitri Syawal, 7.

Turut hadir, Pengawai Perhubungan Awam, Jabatan Pendidikan Kelantan, Hanuni Ibrahim.

Akhbar sebelum ini melaporkan masa depan tiga beradik kabur kerana tidak mempunyai kad pengenalan diri.

Masalah bermula sejak perkahwinan bapa mereka, Mohd. Fauzi, seorang penjual sayur orang kelainan upaya (OKU) dan ibu mereka Anita Abdul Rahman, 41, orang Indonesia di Yala pada 2007 lalu.

Mohd. Fauzi gagal mendaftarkan perkahwinan kerana ketiadaan wang untuk membayar denda sebanyak RM400.

Berikutan itu, sijil kelahiran mereka tidak diproses biarpun dilahirkan di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN