JPJ sasar kemalangan motosikal turun kepada 60 peratus - Utusan Malaysia

JPJ sasar kemalangan motosikal turun kepada 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 31 Jan. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menetapkan sasaran menurunkan kes kemalangan kepada 60 peratus membabitkan motosikal di sepanjang Operasi Tahun Baharu Cina mulai semalam hingga 12 Februari ini.

Pengarahnya, Zukarnain Yassin berkata, dalam operasi kali ini, pihaknya menggunakan strategi dan pendekatan menempatkan anggota JPJ yang menyamar sebagai penumpang selain rakaman video oleh penguatkuasa selain rondaan serta aduan orang awam.

Beliau turut menarik perhatian, seramai 72 pegawai serta anggota jabatan itu akan ditugaskan di sepanjang operasi sempena perayaan Tahun Baharu Cina itu nanti.

“Di samping itu kita juga telah jalankan pemeriksaan ke atas 68 buah bas ekspres melibatkan lima depot bagi memastikan semua aspek keselamatan fizikal termasuk brek dan lampu sentiasa dipatuhi,” katanya.

Zukarnain menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Ops Tahun Baharu Cina di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×