ABU DHABI 25 Jan. – Jurulatih Iran, Carlos Queiroz memberi amaran kepada semua pencabarnya dalam perebutan Piala Asia selepas skuad bimbingannya membelasah China 3-0 untuk ke separuh akhir bertemu Jepun. Sementara itu, Ritsu Doan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti bagi membantu Jepun menundukkan Vietnam 1-0 dalam satu lagi suku akhir yang berlangsung lebih awal, setelah video bantuan pengadil (VAR) digunakan buat kali pertama pada pertandingan itu berpihak kepada Blue Samurai.…








