Jari berlubang akibat digigit labah-labah - Utusan Malaysia

Jari berlubang akibat digigit labah-labah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALLSEND, Britain – Jari tangan seorang lelaki berlubang selepas digigit seekor labah-labah jenis false widow ketika sedang menonton televisyen di rumahnya di sini baru-baru ini.

Gary Armstrong, 37, mula bimbang akan kehilangan jari tersebut selepas bisa labah-labah itu menyebabkan seluruh tangan kanannya membengkak dan sangat sakit, manakala kawasan gigitan berlubang.

Doktor yang merawat Armstrong pada mulanya tidak percaya dia digigit labah-labah false widow kerana spesies itu jarang ditemui di Britain disebabkan cuaca sejuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kes itu menarik perhatian ramai kakitangan perubatan yang tidak pernah melihat kesan gigitan spesies tersebut. Labah-labah false widow atau nama saintifiknya, Steatoda nobilis mendapat nama itu kerana menyerupai labah-labah black widow.

Bisa kedua-dua spesies labah-labah itu kebiasaannya tidak mengancam nyawa mangsa tetapi mampu memberi impak teruk kerana kesan secara langsungnya kepada sistem saraf manusia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini