KOTA BHARU 7 Jan. – Masyarakat diminta menghentikan spekulasi mengenai peletakan keputusan Sultan Muhammad V turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke XV sebaliknya perlu menghormati keputusan itu sebagai hak baginda. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak ada sesiapa boleh mempersoalkan keputusan itu walaupun baginda tidak memberikan sebarang sebab. Mengenai tular bahawa Sultan Muhammad V melepaskan takhta berikutan ura-ura perkahwinan dengan seorang wanita Rusia sekali gus bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Mohd Amar menegaskan tidak ada halangan untuk baginda jika mahu berkahwin dengan sesiapa sahaja.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya