Jangan salahkan Mat Sabu - Utusan Malaysia

Jangan salahkan Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 6 Jan. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta orang ramai agar berhenti mengecam Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berikutan kes anak lelaki beliau yang ditahan polis bersabit kes ganja

Menurut beliau, tiada sebarang faedah mahupun manfaat sekiranya orang ramai berterusan melemparkan kutukan dan keceman sedangkan kes tersebut masih dalam siasatan polis.

“Benda macam ini tidak dapat dijangka. Kita tidak boleh kata anak-anak orang besar sama ada menteri mahupun anak tok imam terjamin tidak terlibat (dadah).


“Jangan kita salahkan Mat Sabu sebagai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Tiada mana-mana ibu bapa mahu melihat anak mereka terjebak dengan perkara seperti ini. 


“Seperti mana beliau mahu melihat rakyat dalam keadaan baik, begitu juga dia mahu perkara sama untuk anaknya,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-8, Kolej Antarabangsa TAJ ( TIC) di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan anak lelaki Mohamad yang ditahan selepas di­syaki positif ganja da­lam pemeriksaan di sebuah pusat hiburan eksklusif terletak dalam sebuah hotel di Jalan Ampang di sini semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN