KUALA LUMPUR – Pelakon Izreen Azminda kini hamil tiga bulan selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude. Izreen membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Instagramnya sekitar pukul 12 tengah hari tadi dengan memaparkan gambar imbasan ultra bunyi berserta kapsyen: “Syukur Alhamdulillah.” Izreen ketika dihubungi Kosmo! Online meluahkan rasa syukur terhadap kehamilannya dan berharap bakal menimang cahaya mata perempuan selepas memiliki seorang anak lelaki Muhammad…










