Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Wilayah Persekutuan ditangguhkan - Utusan Malaysia

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Wilayah Persekutuan ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Jan. – Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) pada 1 Februari ini ditangguhkan ke suatu tarikh baharu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, tarikh berkenaan bakal diperkenankan oleh pihak Istana Negara.

Menurutnya, istiadat tersebut lazimnya diadakan pada 1 Februari setiap tahun sempena Hari Wilayah Persekutuan dan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Istiadat tersebut dizahirkan bagi mengiktiraf jasa dan bakti yang diberikan oleh individu kepada Wilayah Persekutuan secara khusus dan negara secara amnya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×