Insiden pelayan ditampar kerana tegur perokok menyedihkan - Utusan Malaysia

Insiden pelayan ditampar kerana tegur perokok menyedihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 3 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kesal dengan tindakan pelanggan menampar pelayan yang menegur perbuatan merokok berikutan larangan merokok di premis makanan sejak 1 Januari lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, tindakan pelayan itu seharusnya dipuji kerana membuktikan bahawa dia memahami pewartaan larangan merokok tersebut.

“Ini merupakan kejadian yang pertama selepas arahan dikeluarkan. Orang awam sepatutnya menerima teguran ini secara terbuka kerana ia bukannya isu berkaitan premis tersebut.

“Sebaliknya, ini merupakan pewartaan penguatkuasaan yang telah dilakukan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan bagi memastikan mana-mana premis makanan bebas daripada asap rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program penguatkuasaan pendidikan kawasan larangan merokok di Bukit Tinggi di sini hari ini.

Dalam pada itu, jelas Khalid, beliau telah mengarahkan pegawainya telah ke restoran tersebut untuk merekodkan kejadian berkenaan daripada majikan dan pelayan yang menjadi mangsa.

“Namun, siasatan menyeluruh bukan di bawah bidang kami tetapi  sepenuhnya di bawah bidang tugas polis,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN