JOHOR BAHRU 24 Jan. – Dalam usaha menggalakkan pelaburan di kawasan utara negeri ini, kerajaan negeri merancang memperkenalkan insentif baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, insentif itu diperkenalkan bagi mengelakkan pelaburan yang diterima di Johor tidak hanya tertumpu di selatan tetapi juga ke daerah-daerah lain seperti Segamat, Kluang dan Muar. Menurutnya, perkara tersebut sedang diperhalusi dan dirancang menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Johor…










