SHAH ALAM 31 Jan.- Mahkamah Koroner di sini hari ini menolak permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman dan 50 penganut hindu sebagai antara pihak terlibat dalam inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terbunuh dalam rusuhan di kuil tersebut. Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan tersebut setelah mempertimbangkan perkara itu mengikut Seksyen 337 Kanun Tatacara Jenayah. Rofiah ketika memutuskan perkara itu berkata, kedua-dua pihak tersebut…










