Indonesia Barokah cetus kebimbangan Prabowo Subianto-Sandiaga Uno - Utusan Malaysia

Indonesia Barokah cetus kebimbangan Prabowo Subianto-Sandiaga Uno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 26 Jan. – Pasukan kempen calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno mengkritik sebuah akhbar tabloid tempatan, Indonesia Barokah yang didakwa cuba memburukkan imej kedua-dua pemimpin itu.

Detiknews melaporkan, pengedaran akhbar tabloid itu di masjid dan sekolah asrama Islam di beberapa daerah Indonesia kurang disenangi Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Subianto-Sandiaga Uno yang menyifatkannya sebagai percubaan mempengaruhi minda pengundi.

“Indonesia Barokah jelas mengandungi elemen kotor bagi menjatuhkan Prabowo. Pemilik syarikat seharusnya bertanggungjawab dalam memastikan pilihan raya Presiden (Pilpres) Indonesia bersih,” kata jurucakap pasangan Prabowo-Sandiaga, Suhud Alynudin di sini semalam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×