KUALA LUMPUR 23 Jan. – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim, 73, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) kira-kira pukul 8.20 malam tadi setelah menderita penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu. Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, di sini pada pukul 10 malam dan akan disembahyangkan pagi esok sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam…









