KOTA BHARU 26 Jan. – Sebatang pokok petai di Kampung Petani, Sering, di sini didakwa ‘menangis’ apabila mengeluarkan air jernih seakan-akan hujan gerimis dari kanopinya sejak seminggu lalu, sekali gus menarik perhatian penduduk. Fenomena aneh tersebut dikatakan bermula sekitar pukul 8 malam hingga 6 pagi menyebabkan ada dalam kalangan orang ramai datang dari jauh semata-mata mahu melihat dan menadah ‘air mata’ itu. Seorang penduduk tinggal berhampiran pokok terbabit yang enggan…










