Hospital Shah Alam juara kitar semula - Utusan Malaysia

Hospital Shah Alam juara kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 Jan. – Usaha mengumpulkan barangan kitar semula seberat 3,230 kilogram (kg.) membolehkan Hospital Shah Alam dinobatkan juara Pertandingan Kitar Semula 2018.

Hospital Shah Alam memenangi kejuaraan bagi kategori agensi kerajaan dalam pertandingan itu yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Majlis Apresiasi Alam Sekitar 2018.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, majlis itu diadakan bertujuan menghargai penglibatan komuniti serta agensi yang telah bersama-sama dengan pihaknya dalam melaksanakan program kitar semula bagi menjadikan bandar raya ini bersih dan indah.

“Program ini juga merupakan inisiatif MBSA untuk mempromosikan amalan kitar semula kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Pada 2018, MBSA telah menganjurkan pelbagai program bagi mempromosikan amalan kitar semula melibatkan 32 penyertaan daripada pelbagai pihak seperti Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), agensi kerajaan dan hotel,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu bagi kategori sama, tempat kedua dimenangi Majlis Sukan Negeri Selangor dengan mengumpulkan 1,986 kg. barangan kitar semula manakala ketiga, Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR) dengan 575 kg.

Bagi Kategori Kitar Semula Minyak Masak Peringkat MPP, tempat pertama dimenangi Persatuan Penduduk Seri Nevilla (3,030 kg.); kedua, Persatuan Penduduk Taman Bukit Naga (159 kg.) dan ketiga, Persatuan Peduduk Taman Anjung Api-Api 30/146 (145 kg.).

Dalam pada itu, Hotel Intekma Resort menjadi juara bagi Kategori Hotel dengan mengumpul 485 kg. barangan kitar semula, diikuti Hotel De Palma (268 kg.) dan Hotel Pegasus (133 kg.). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN