SEREMBAN 10 Jan. – Undang-undang sedia ada di negara ini mencukupi untuk menangani perbuatan menghina institusi raja dan tidak ada keperluan untuk menggubal undang-udang baharu. Pakar Perlembagaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Akta Hasutan 1948 dan Perlembagaan Persekutuan mempunyai pelbagai peruntukan untuk membendung sebarang perbuatan mencerca institusi tersebut. “Persoalannya kita tidak cekap menggunakan penguatkuasaan hingga mudah diperlekehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Saya berpendapat undang-undang baharu tidak perlu. Buktikan dulu kita cekap jalankan tugas dan tanggungjawab di bawah undang-undang sedia ada. “Peruntukan berhubung menyerang dan memperkecilkan Yang Dipertuan Agong sudah ada dalam Kanun Keseksaan, kenapa tak dilihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya