KUALA LUMPUR 9 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu yang memuat naik komen berunsur hinaan dalam media sosial terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV, semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik-pemilik akaun tersebut. “Kita telah menahan pemilik akaun Facebook, Eric Liew Chee Ling, 45, selain pemilik akaun Twitter, Azham Akhtar Abdullah, 26, dan Nur Alia Astaman, 25, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya