Hina Agong: Cisco ASEAN siasat Eric Liew - Utusan Malaysia

Hina Agong: Cisco ASEAN siasat Eric Liew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Syarikat Cisco yang dikatakan tempat pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew bekerja, akan menyia­sat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja itu yang telah menghina Sultan Muhammad V.

Menurut Cisco ASEAN, sya­rikat itu mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan telah menyerahkan kepada ca­wangan syarikat itu di Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan berhubung isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” jelas syarikat itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Cisco ASEAN, hari ini.

Terdahulu, Eric didakwa memberikan komen jelek terhadap Sultan Muhammad V berhubung peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Akibat berang dengan tindakan itu, rata-rata warganet menyerang laman Facebook Cisco ASEAN dengan mendesak syarikat tersebut mengambil tindakan terhadap Eric.

Eric dalam satu hantaran menerusi laman Facebook hari ini, memohon maaf atas komen jelek yang dilakukannya terh­adap bekas Yang di-Pertuan A­gong itu.

Kata Eric, beliau telah membuat komen tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V.

Setakat tengah hari ini, Face­book Eric tidak dapat diakses dan kemungkinan telah ditutup ekoran serangan yang diha­dapinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×