Henti ancam, ugut pengundi - Annuar - Utusan Malaysia

Henti ancam, ugut pengundi – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 17 Jan. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menghentikan sebarang kenyataan berbentuk ancaman dan ugutan terhadap pengundi dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengundi di Parlimen itu tidak seharusnya dijadikan ‘tebusan’ dan diancam dengan dakwaan bahawa pembangunan di kawasan tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan Pusat yang dipimpin PH.

Katanya, tindakan oleh beberapa pemimpin PH itu bukan sahaja tidak beretika dalam pilihan raya malah merupakan amalan yang tidak baik terhadap pengundi kawasan tersebut.

“Ancaman ini seolah-olah hanya kerajaan Pusat sahaja yang boleh membawa pembangunan dan ini bermakna adakah di Cameron Highlands ini tiada peranan oleh kerajaan negeri?

“Kita kena terima hakikat bahawa seseorang wakil rakyat yang dipilih itu sama ada dia berada di dalam kerajaan mahupun pembangkang semuanya mempunyai peranan iaitu dapat membawa orang yang mereka wakili dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program sarapan pagi bersama kanak-kanak istimewa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sinar Pelangi di Tanah Rata di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng semalam semasa lawatannya di Sungai Koyan yang mendakwa pembangunan di Cameron Highlands akan terbantut sekiranya pengundi di Parlimen itu masih mengekalkan Barisan Nasional (BN) di Parlimen tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN