Hari Tanpa Kenderaan di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini - Utusan Malaysia

Hari Tanpa Kenderaan di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Orang ramai dipelawa memeriahkan Program Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di Stadium Mini, Kuala Kubu Bharu pada Sabtu ini.

MDHS dalam satu kenyataan berkata, program yang bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari itu merupakan inisiatif pihaknya memupuk gaya hidup sihat selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida.

“Orang ramai boleh mendaftar di kaunter pendaftaran yang akan dibuka seawal pukul 6.30 pagi. Sebanyak 500 penyertaan terawal akan menerima hadiah misteri.

“Program ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti fun walk, fun ride, senam robik, skuter elektrik, kasut roda, papan selaju dan aktiviti melukis untuk kanak-kanak,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pengunjung juga berpeluang melawat kaunter pameran daripada agensi kerajaan dan agensi swasta antaranya Polis Diraja Malaysia, Rejimen Askar Wataniah, Universiti Terbuka Malaysia, Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) dan Insan Budi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×