Harga runcit petrol, diesel turun bermula tengah malam ini - Utusan Malaysia

Harga runcit petrol, diesel turun bermula tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Penetapan harga runcit produk petroleum akan dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam esok bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad pada 2 Januari lalu.

Menurutnya, mulai esok hingga 11 Januari ini, harga runcit petrol RON97 akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala RON95 akan diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter dan harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

“Harga runcit ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik.

“Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×