Harga RON95, RON97 kekal, diesel naik 1 sen - Utusan Malaysia

Harga RON95, RON97 kekal, diesel naik 1 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing dikekalkan pada RM1.98 dan RM2.28 seliter bagi tempoh bermula 12 tengah malam ini hingga 1 Februari depan. 

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel pula dinaikkan sebanyak 1 sen iaitu daripada RM2.17 kepada RM2.18 seliter untuk tempoh sama berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Menurutnya, harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia bagi diesel 
ketika ini berada pada paras AS$73 (RM301.34) setong berbanding RON95 iaitu AS$62 (RM255.94) setong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepertimana yang telah dijanjikan, kerajaan akan menstabilkan harga jualan runcit bagi produk petrol RON95 dan diesel dengan mengekalkan harga jualan runcit masing-masing pada paras RM2.20 dan RM2.18 seliter sekiranya harga pasaran produk melebihi paras harga tersebut.

“Perbezaan kos produk yang lebih tinggi bagi diesel berbanding petrol adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk diesel, terutamanya dari China selain peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×