Harga barang tiada kaitan dengan minyak - Utusan Malaysia

Harga barang tiada kaitan dengan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) menegaskan penurunan harga minyak petroleum tidak mempunyai perkaitan secara langsung dengan penurunan harga barang.

Presidennya, Amanullah Maideen berkata, harga makanan atau barangan yang dijual mengikut nilai pasaran semasa dan adalah mustahil sekiranya harga tersebut boleh turun secara serta-merta.

“Tidak logik kalau harga barang boleh turun serta-merta kerana harga minyak petrol baru sahaja diumumkan turun semalam.

Kalau pemborong beli mahal, mesti dijual dengan harga yang mahal juga, tiada kena mengena dengan minyak.

“Dulu kita sudah berbincang tentang perkara ini dan contohnya kalau kita beli barang RM10 mesti jual dengan RM12, kalau beli dengan harga RM12 perlu jual dengan RM18. Buat masa ini, harga barang kekal seperti biasa dan mungkin turun pada masa akan datang, cuma tidak tahu bila masanya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya semalam berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan berusaha memastikan kos sara hidup rakyat akan turun sejajar dengan penurunan harga barang selepas penurunan harga petrol sebanyak 27 sen dan diesel sebanyak 14 sen bermula semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN