Hanya RM10 - Utusan Malaysia

Hanya RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM 14 Jan. – Majlis Perbandaran Kulim (MPK) akan melancarkan Kempen Promosi Bebas Kompaun 2019, yang membolehkan orang ramai menyelesaikan kompaun meletak kenderaan dengan hanya RM10, bermula esok sehingga 15 Februari ini.

ROHAIZAD RASHID
ROHAIZAD

Yang Dipertuanya, Rohaizad Rashid berkata, menerusi kempen sama juga, orang ramai boleh menjelaskan bayaran kompaun lesen dan penjaja dengan potongan sebanyak 50 peratus.

Menurutnya, promosi tersebut diadakan bagi menggalakkan orang ramai bertanggungjawab untuk menjelaskan kompaun.

“Selepas tamatnya promosi ini, kadar bayaran kompaun akan kembali seperti biasa yang telah ditetapkan oleh MPK,” katanya di sini.

Rohaizad berkata, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ditawarkan itu boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasaan MPK di talian 04-4325225. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN