ALOR SETAR – Hampir 200 pelajar sekolah rendah dan menengah di Kedah dikesan terlibat dalam penyalahgunaan daun ketum sepanjang tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Dr. Salmee Said berkata, jumlah itu sangat membimbangkan dan tindakan tegas seperti memusnahkan semua tanaman ketum perlu dipergiatkan bagi mengekang gejala ketagihan air ketum. “Tindakan tegas tersebut bukan sahaja melibatkan ladang ketum, malah pokok-pokok ketum yang ditanam berhampiran rumah juga wajar dihapuskan.…









