LONDON 18 Jan. – Lewis Hamilton memanfaatkan baki cutinya yang hampir berakhir dengan mencuba sukan baharu. Juara dunia lima kali Formula 1 (F1) itu telah meluangkan masanya dengan legenda sukan luncur air, Kelly Slater untuk bermain ombak dengan papan luncur. Dalam video yang dimuat naik menerusi Instagram Hamilton, pemandu Mercedes itu dilihat mengenakan sut renang sebelum bertemu Slater dan masuk ke dalam air. Peluncur veteran itu mengajar mengenai cara-cara untuk…










