TIADA apa yang paling membanggakan penyanyi Syafiq Farhain apabila mengetahui dia dipilih untuk menyanyikan lagu terakhir ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah. Walaupun tidak dibimbing Pak Ngah sepanjang menyiapkan rakaman lagu Manis Manis Cinta dengan rakan duetnya Baby Shima, namun dia yakin ini adalah jawapan kepada impiannya selama ini yang ingin merasa hasil tangan komposer hebat itu. “Arwah Pak Ngah memang menjadi antara komposer yang saya kagumi.…










