TEKSTURNYA yang lembut, tidak berminyak dan bau aroma kayuan daripada kayu arang membuatkan roti canai kayu arang di Melaka menjadi bualan ramai dan tular di laman sosial mutakhir ini. Keunikan roti canai tersebut yang dimasak menggunakan kayu arang itu membuatkan sesiapa sahaja tidak mahu melepaskan peluang menikmatinya termasuklah Md. Azlan Agus. Pemuda berusia 33 tahun itu, mula mengunjungi kedai Roti Canai Kayu Arang, Kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka sejak setahun…










