DUBAI 24 Jan. – Jepun mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Asia selepas menumbangkan Vietnam 1-0 di Stadium Rashid Al-Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebentar tadi. Jaringan tunggal tersebut menerusi Ritsu Doan pada minit ke-57 apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti. Sepakan penalti tersebut hasil daripada video bantuan pengadil (VAR) yang baharu diperkenal dalam kejohanan ini. Skuad Samurai Blues bakal berdepan sama ada China atau Iran di separuh akhir pada…










