Ginjal tumbuh dalam paha kanak-kanak lelaki di Britain - Utusan Malaysia

Ginjal tumbuh dalam paha kanak-kanak lelaki di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER, Britain – Seorang budak lelaki di sini dilahirkan dengan keadaan salah satu buah pinggang berada dalam paha kanannya.

Hamish Robinson, 10, dipercayai merupakan manusia pertama di dunia menghidap penyakit genetik luar biasa itu.

Doktor yang merawat Robinson memilih untuk menamakan keadaan itu sebagai Sindrom Hamish sempena nama kanak-kanak berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Budak itu disifatkan mengalami masalah buah pinggang ektopik iaitu satu keadaan yang mana organ tertentu berada pada kedudukan berbeza daripada posisi normal.

Setakat ini, buah pinggang dalam paha Robinson berfungsi dengan baik namun doktor menyuarakan kebimbangan bahawa ia boleh menyebabkan kanser usus.

Robinson dipercayai manusia pertama dunia yang lahir tanpa kromosom 7p22.1 dan menjadi punca buah pinggang itu berada dalam pada. Dia turut menghidap masalah lelah teruk, tulang belakang, pembelajaran, pendengaran dan terpaksa bercakap menggunakan bantuan suara komputer. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×