Geng ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ selesai tunai umrah - Utusan Malaysia

Geng ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ selesai tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 23 Jan. – Kumpulan penunggang Gi Mekoh Nga Mutor akhirnya selamat menyempurnakan ibadah umrah sebentar tadi iaitu kira-kira pukul 6.45 pagi waktu Arab Saudi selepas selesai bertahalul dengan bercukur rambut.

Tiga sahabat terdiri daripada Diami Yusoff,60; Mohd Zalani Zulkifli, 64, dan Mohamad Fadhli, 40 ini tiba di tanah suci Mekah dari Madinah pada pukul 10.50 malam waktu Arab Saudi semalam bersamaan pukul 3.50 pagi tadi waktu Malaysia.


Menurut Mohamad Fadhli, mereka memilih menggunakan khidmat teksi untuk sampai ke Mekah yang memakan masa lima jam dengan ditemani seorang usahawan, Datuk Rithsman Mohamed.


“Kami pilih naik teksi berbanding bas memandangkan Abe Mat (Diami) yang juga ketua kumpulan masih lagi terpaksa menggunakan kerusi roda kerana masalah buku lali kaki kanannya sejak sampai ke Madinah lagi.


“Kami bergilir-gilir membantu menolak kerusi roda Abe Mat dan syukurlah semua rukun umrah dapat dilakukan dengan sempurna” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.


Ini adalah ibadah umrah pertama kali bagi Mohamad Fadhli dan Diami manakala Mohd Zalani pula sudah menunaikan haji pada tahun 2016. 


Mereka memulakan misi pada 3 November tahun lalu merentasi tujuh buah negara dengan motosikal kapcai melalui perjalanan sejauh 14,000 kilometer. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN