Geng G Credit tumpas, babit kerugian RM1.302 juta - Utusan Malaysia

Geng G Credit tumpas, babit kerugian RM1.302 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Kegiatan licik sindiket Geng G Credit memperdaya mangsa menawarkan pinjaman wang tidak wujud melibatkan kerugian RM1.302 juta akhirnya tumpas apabila 11 ahlinya diberkas dalam dua serbuan di Taman Bukit Indah di sini, Ahad lalu.

Dalam operasi bermula pada pukul 10 malam itu, kesemua suspek yang diberkas terdiri daripada tujuh lelaki dan empat wanita termasuk dua remaja berusia antara 17 hingga 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan ke atas sindiket menggunakan Syarikat G Credit (Malaysia) Sdn. Bhd. ini tidak wujud bagi memperdayakan mangsa dan mereka beroperasi dipercayai sejak enam bulan lalu membabitkan 162 kes.

“Mereka menggunakan modus operandi menjalankan iklan di media sosial seperti facebook dan menghubungi mangsa menawarkan pinjaman mudah.

“Setelah mangsa bersetuju untuk meminjam wang, suspek akan meminta dokumen peribadi bagi tujuan kononnya untuk memproses pinjaman terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×