BUTTERWORTH 31 Jan. – Polis berjaya menemui semula 15 buah motosikal curi bernilai RM60,000 selepas ahli kumpulan Geng x5 Puri yang terlibat dalam kegiatan curi motosikal ditahan dalam serbuan di sekitar daerah Seberang Perai Utara pada Selasa lalu. Tiga ahli kumpulan berkenaan yang berusia 17 hingga 23 tahun itu dan disyaki terlibat dalam 26 kes curi motosikal berjaya ditahan kira-kira pukul 11 pagi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU),…










