Geng curi basikal mewah tumpas - Utusan Malaysia

Geng curi basikal mewah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Kegiatan sekumpulan lelaki mencuri basikal mewah di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) sejak setahun lalu terbongkar selepas seorang daripadanya diberkas polis.

Suspek yang berusia 28 tahun ditahan di Butterworth di sini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, susulan penahanan itu, pihaknya me­rampas sembilan buah basikal pelbagai jenama bernilai lebih RM50,000 yang dilaporkan hilang di daerah ini.

“Basikal yang dirampas itu dianggarkan berharga RM10,000 hingga RM20,000 setiap satu.

“Barangan curi itu kemudian dijual semula pada harga rendah RM200 seunit. Misalnya, basikal berharga RM20,000 dijual dengan harga RM200 dan mendapat permintaan yang tinggi pada ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kepala Batas di sini semalam.
 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN