KUALA LUMPUR 29 Jan. – Seorang lelaki yang juga ahli kumpulan Ah Tee ditahan dalam satu operasi khas di Taman Gembira, Kuchai Lama, di sini hari ini. Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek membekalkan dadah yang dicampur ke dalam minuman ringan di pusat-pusat hiburan di sekitar ibu kota. “Hasil pemeriksaan, kita telah merampas dadah disyaki serbuk ekstasi seberat 3.1…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya