KUALA LUMPUR 17 Jan. – Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Kepulauan Nicobar, rantau India pada pukul 10.53 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa pada kedalaman 177 km itu terletak 7.1 darjah Utara dan 94.0 darjah Timur, kira-kira 30 km Timur Laut dari Great Nicobar, India. Menurut kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di sekitar Pulau Pinang, bagaimanapun gempa berkenaan tidak membawa ancaman…










