Gempa bumi kali kedua landa Rantau Sumba - Utusan Malaysia

Gempa bumi kali kedua landa Rantau Sumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rantau Sumba Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi, kali ini gempa kuat berukuran 6.5 pada skala Richter pada pukul 1.10 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi kali kedua itu dengan kedalaman 48km berlaku 233km selatan dari Kota Bima, Indonesia.

Kawasan berkenaan sebelum ini dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter pada pukul 7.59 pagi.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN