DUBAI 7 Jan. – Gempa bumi berukuran 5.5 skala Richter melanda barat Iran berhampiran sempadan Iraq, semalam, sehingga mengakibatkan kira-kira 33 mangsa cedera, lapor agensi berita kerajaan IRNA. Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum itu memaklumkan ukuran gempa bumi itu sekuat 5.9, namun kemudian menurunkannya semula kepada 5.5 magnitud. Katanya, gempa bumi itu berlaku di kawasan Gilan Gharb di wilayah Kermanshah. Jurucakap perkhidmatan kecemasan Iran, Mojtaba Khaledi berkata, 29 mangsa yang cedera ringan sudah keluar daripada hospital selepas rawatan. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya