Garuda perkenal konsep konsert dalam penerbangan - Utusan Malaysia

Garuda perkenal konsep konsert dalam penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 10 Jan. – Syarikat penerbangan Garuda memberi dimensi baharu dalam industri penerbangan apabila membawa konsert akustik secara langsung ke udara.

Menurut jurucakap Garuda, M. Ikhsan Rosan, langkah itu dibuat bagi penumpang yang mahu merasai pengalaman penerbangan berbeza.

Syarikat terbabit akan mengadakan konsert dalam penerbangan buat kali pertama pada Rabu, apabila dua pemuzik membuat persembahan untuk penumpang yang terbang dari Jakarta ke Bali.

Tambah Garuda, setiap persembahan akan berlangsung selama 10 hingga 15 minit bagi penerbangan terpilih. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×