Gara-gara nakal, ibu belasah anak kandung sampai mati - Utusan Malaysia

Gara-gara nakal, ibu belasah anak kandung sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VISAKHAPATNAM 24 Jan. – Seorang ibu tergamak membelasah anak kandungnya yang berusia tujuh tahun sehingga mati kerana tidak tahan dengan kenakalan kanak-kanak itu di sebuah kampung di Andhra Pradesh, India semalam.

The Times of India melaporkan, suspek, B. Usha yang berusia 32 tahun itu ditahan polis sejurus selepas anak lelakinya yang berusia lima tahun menceritakan ‘kisah’ di sebalik kejadian ketika diambil keterangan.

Siasatan polis mendedahkan suspek tidak menyukai anak perempuannya, Bandi Ramya dan sering kali memukul kanak-kanak itu sejak kecil lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sub Inspektor daerah Rambilli, V. Chakaradhara memberitahu, pemeriksaan kesihatan turut mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah psikologi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×